Dasar Ubat Nasional (DUNAS)

Dasar Ubat Nasional (DUNAS) merupakan satu dokumen rasmi Kerajaan Malaysia yang mendefinisikan serta mengutamakan matlamat jangka panjang dan sederhana yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk sektor farmaseutikal, serta  mengenal pasti strategi-strategi utama untuk dicapai. DUNAS menyediakan rangka kerja asas supaya aktiviti-aktiviti sektor farmaseutikal dapat diselaraskan oleh kedua-dua sektor awam dan swasta.

Objektif

Objektif Dasar Ubat Nasional adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan orang ramai dengan:

  1. Menggalakkan keperolehan yang sama rata bagi ubat-ubat yang penting.
  2. Mengalakkan penggunaan rasional ubat-ubat yang penting secara selamat, berkesan, mampu dimiliki dan berkualiti.

Komponen

DUNAS mempunyai  8 komponen yang terdiri daripada 4 komponen utama dan 4 komponen sokongan seperti berikut :

Komponen Utama

1. Kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat
2. Ketersediaan ubat
3. Kemampuan mendapat ubat-ubatan
4. Penggunaan ubat secara berkualiti

Komponen Sokongan

5. Pembangunan sumber manusia
6. Penyelidikan dan pembangunan
7. Kerjasama teknikal
8. Pengurusan Dasar Ubat Nasional

Kajian Semula DUNAS

DUNAS telah dikaji semula pada bulan Oktober 2012 setelah dasar ini diimplementasikan selama enam tahun. Draf DUNAS Semakan 1 telah disediakan dan sedang menunggu kelulusan pihak atasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dasar ini akan dipaparkan dalam laman web ini setelah diluluskan.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim kkm