Unit Farmasi

Unit Farmasi bertanggungjawab dalam pembekalan, penyediaan, pendispensan ubat serta khidmat nasihat kepada pesakit.

Ubat-ubat yang disediakan PKU UUM adalah yang terbaik dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana tersenarai didalam formulari ubat KKM.Pemilihan jenis-jenis ubat pesakit di PKU UUM sentiasa dibuat dengan teliti serta mengambil kira pelbagai aspek seperti efikasi dan trend rawatan yang terkini yang diguna pakai oleh hospital kerajaan dan swasta.

Selain menjalankan tugas hakiki, unit farmasi juga berusaha dalam menjana kewangan untuk Universiti melalui pembekalan ubat-ubatan peti kecemasan, penjualan vitamin, makanan tambahan, peralatan perubatan, barangan penjagaan kesihatan dan pergigian menerusi "KIOSK SEE-HEART". Harga jualan yang ditawarkan amat kompetitif berbanding yang ditawarkan di pasaran.

Unit Farmasi PKU UUM sentiasa komited dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan adalah memuaskan dan mesra pelanggan.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim kkm