Aluan pengarah

 

1

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar baru yang telah berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia. Kami warga Pusat Kesihatan Universiti (PKU) mengalu-alukan kedatangan para pelajar semua ke Universiti Utara Malaysia (UUM).
Di dalam meneruskan fasa kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi di di kampus Universiti Utara Malaysia, para pelajar diharapkan agar sentiasa mengambil berat mengenai aspek pengurusan diri yang amat penting iaitu aspek pengurusan kesihatan. Para pelajar disarankan agar dapat mengamalkan budaya cara hidup sihat. Sebagaimana Kempen Cara Hidup Sihat yang dipromosikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, PKU juga mahu pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia dapat mengambil konsep cara hidup sihat sebagai satu budaya seharian.
Saya menyarankan agar para siswa dan siswi dapat menitikberatkan penjagaan kesihatan fizikal dan kesihatan mental sepanjang masa. Dengan mengamalkan cara hidup sihat, para pelajar akan dapat memastikan tahap kesihatan fizikal dan mental sentiasa baik seterusnya akan dapat memastikan kualiti pengajian dan pembelajaran sentiasa cemerlang. Para pelajar diharapkan agar mendapatkan rawatan dengan segera di PKU jika menghadapi sebarang masalah kesihatan agar masalah tersebut tidak berlarutan. Namun begitu, para pelajar perlu sentiasa beringat bahawa 'mencegah adalah lebih baik dari merawat'.
Saya amat berharap bahawa buku panduan ini akan dapat memberi manafaat kepada anda semua. Ia mengandungi segala maklumat lengkap mengenai PKU dan semua perkhidmatan yang ditawarkan. Besar harapan saya agar semua pihak mendapat perkhidamatan dan layanan yang terbaik dari PKU.
Akhir kata, saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua dan semoga akan dapat meneruskan pengajian dengan jayanya. Kejayaan anda adalah kejayaan kita bersama. Maka tercapailah hasrat PKU untuk melahirkan graduan yang sihat sejahtera melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti; selaras dengan moto PKU iaitu ' Kesejahteraan Anda Keutamaan kami'.

DR. WAN ZARINA WAN MAHMUD
PENGARAH
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim kkm